Bisnes kami bermula dengan jualan kereta terpakai di mana kami membantu pelanggan menjual kereta melalui proses yang boleh dipercayai, mudah dan cepat.
Proses ini bermula dengan janji temu yang boleh dibuat secara online. Selepas itu, kereta akan menjalani inspeksi 175 mata kami yang hanya mengambil masa 30 minit di pusat inspeksi kami.
Inspektor terlatih kami dilengkapi dengan pengalaman dan peralatan untuk menghasilkan laporan kereta sebelum memberi nilai tawaran. Selepas jualan disahkan, semua kerja pemprosesan akan dikendalikan oleh kami.
Bermula dari segi inspeksi kereta, pemindahan dan urusan milk kereta serta solusi pembiayaan, CARSOME memastikan pengalaman jual kereta mudah dan senang. Kami dapat menyingkirkan masalah yang sentiasa dihadapi dalam proses menjual kereta secara tradisional, dan memberi solusi yang efektif untuk pelanggan serta dealer kami.