Buat masa ini, kami hanya menerima kereta yang didaftarkan di Malaysia (termasuklah Sabah & Sarawak) yang memenuhi kriteria CARSOME. Kami tidak menerima kereta yang didaftarkan di Labuan, Langkawi, dan luar Malaysia.
Kami juga tidak menerima kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan teruk atau banjir, kereta yang pernah diisytiharkan sebagai total loss, kereta dengan perbatuan/nombor casis/enjin yang telah diubah atau kotak gear yang telah ditukar daripada transmisi Automatik kepada transmisi Manual (atau sebaliknya). Sekiranya anda pernah menukar enjin (cc) atau kotak gear kereta anda, kami cuma akan menerimanya sekiranya ia model daripada pengeluar yang sama dengan spesifikasi yang sama. Kami tidak menerima sebarang pengubahsuaian.
Kami menerima kereta khas dengan kriteria berikut:
Kereta milik bukan warganegara Malaysia:
Kami memang membeli kereta milik bukan warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun, prosesnya berbeza daripada prosedur standard CARSOME. Pemilik kereta bukan warganegara Malaysia perlu melalui proses berikut:
1. Jelaskan sebarang pinjaman bank yang tertunggak dan sediakan laporan Puspakom B5 (proses pemeriksaan pemindahan hak milik di Puspakom).
2. Hantar kereta kepada CARSOME untuk pemeriksaan bagi memuktamadkan urus niaga (terima tawaran di tempat atau pilih pembidaan dalam talian).
3. Lakukan pemindahan hak milik sendiri dengan pemeriksa CARSOME di pusat JPJ (Jabatan Jalan dan Pengangkutan Malaysia), di mana cap ibu jari pemilik kereta akan direkodkan.
4. Tunggu CARSOME mengeluarkan bayaran.
Kereta yang didaftarkan di bawah ID Polis atau Tentera: Proses untuk menjual kereta yang didaftarkan di bawah ID Polis atau Tentera mengikut prosedur standard kami. Pemilik kereta dengan kenderaan berdaftar di bawah ID Polis atau Tentera dikehendaki mengemas kini ID mereka kepada nombor kad pengenalan 12 digit standard sebelum meneruskan.
Kereta Premium:
Kami menerima kereta premium terpilih:
- Lexus
- Toyota: Land Cruiser, FJ Cruiser
- Infiniti
- Alfa Romeo
- Audi
- BMW
- Chevrolet Camaro
- Fiat
- Jaguar
- Jeep
- Land Rover
- Mercedes Benz
- Volkswagen
- Volvo
Kereta Berprestasi Tinggi:
Kami menerima kereta berprestasi tinggi terpilih:
- Honda: Type-R
- Mazda: RX7, MX5
- Nissan: Fairlady, Silvia, Skyline GTR
- Subaru: Impreza, STI, BRZ
- Toyota: GR series, 86, Supra
- Audi: R8, S and RS series
- BMW: M and Performance series
- Lotus
- Mercedes Benz: AMG and Brabus series
- Mini Cooper: JWC series
- Porsche
- Renault: RS series
- Volkswagen: R series
- Ford Mustang
*Kereta berprestasi tinggi hanya boleh dijual melalui pembidaan dalam talian di mana-mana Pusat Pemeriksaan CARSOME di seluruh negara.
Kereta Elektrik (EV):
Untuk menjual kereta elektrik, sila ambil perhatian bagi perkara berikut:
- Kereta elektrik harus mempunyai waranti yang aktif (sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat)
- Proses pemeriksaan kereta elektrik hanya boleh dibuat di Pusat Pemeriksaan CARSOME PJ Automall
- Anda perlu bertemu dengan pembida bagi sesi melihat kereta di CARSOME PJ Automall sebelum urusan transaksi bermula
- Anda perlu menyediakan pengecas mudah alih yang didatangkan dengan kereta semasa penyerahan kereta. Jika pengecas tidak diberikan, sebanyak RM3,000 akan ditolak daripada harga tawaran
Untuk menjual kereta berprestasi tinggi dan kereta elektrik (EV), kami memerlukan perkara berikut:
- Waranti yang sah (waranti pengilang atau waranti lanjutan dengan tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan);
- Insurans; dan
- Laporan Puspakom B5 (proses pemeriksaan penukaran hak milik di Puspakom)
Lain-lain:
Kami membeli van, kereta prestasi dan semua kereta yang dibaik pulih dengan permit (AP) yang diluluskan oleh syarikat atau individu.
Jika anda tidak pasti tentang jenama dan model kereta anda, ataupun tidak dapat mencari model kereta pada borang tempahan temu janji dalam talian CARSOME, sila e-mel kami di info@carsome.my atau hubungi 1800-82-3388 untuk maklumat lanjut.