Daripada menguruskan kertas kerja hingga penghantaran kereta, kami akan selesaikan semuanya untuk anda. Ini bermakna, anda akan mendapat perkhidmatan yang telus dan kereta yang akan memenuhi jangkaan anda.
Ketahui Tentang Kereta CARSOME
Pemilihan yang Teliti
dan Sokongan Penuh
Kesemua kereta CARSOME telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan ia bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk, banjir, dan kebakaran.
CARSOME juga menyediakan pengalaman membeli kereta yang lancar yang turut merangkumi:
Bantuan permohonan pinjaman
Pilihan insurans kenderaan
Pembaikan dan servis
Khidmat pascajualan
Pengalaman Membeli yang
Mudah dan Lancar
Sama ada anda membeli kereta di pusat pengalaman kami atau secara dalam talian, kami akan memastikan proses yang lancar dan semua kebimbangan anda akan ditangani dengan teliti agar anda tidak perlu risau.
Pandu uji tersedia 7 hari seminggu
Kami akan uruskan semua kertas kerja untuk anda, termasuklah permohonan pinjaman dan juga insurans
Tiada masa nak ambil kereta? Kami hantarkannya kepada anda
Perlukan bantuan dengan kereta baharu anda? Hubungi kami bila-bila masa
Dapatkan Semua Maklumat
yang Anda Perlukan
Semua kereta yang kami senaraikan didatangkan dengan:
Laporan lengkap pemeriksaan 175-titik yang memperincikan keadaan kereta untuk anda
Gambar 360 darjah yang jelas bagi bahagian dalam dan luar kereta, agar anda boleh meneliti keadaan kereta sebelum buat tempahan pandu uji
Pelbagai Pilihan Kereta
dan Servis Menyeluruh
Layari sehingga 30 jenama kereta yang tersedia di laman web atau aplikasi kami. Konsultan CARSOME kami juga sentiasa bersedia untuk membantu anda memilih kereta ideal anda.
Dapatkan kereta yang memenuhi keperluan dan perbelanjaan anda dengan CARSOME Certified & CARSOME Value.
CARSOME Certified
CARSOME Value
Kereta Berkualiti
yang Boleh Dipercayai
Alami taraf baharu pembelian kereta pramilik bersama CARSOME Certified dengan pilihan kereta berkualiti yang telah dibaik pulih dan juga proses pembelian yang mudah dan lancar.
Semua kereta CARSOME Certified telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang teliti dan telah dibaik pulih di pusat pembaikpulihan kereta kami yang canggih oleh juruteknik yang berkemahiran dan bertauliah.
Keselamatan Melebihi Taraf
Kami akan membuat penilaian yang teliti terhadap setiap kereta dan komponen penting akan dibaik pulih untuk memastikan ia selamat untuk dipandu, seperti yang anda mahukan.
Keselesaan Sepenuhnya
Setiap bahagian kereta memainkan peranan penting. Daripada servis penyaman udara, basuhan kereta yang menyeluruh, hingga pembersihan bahagian dalaman dan sanitasi, kami akan uruskan semuanya untuk anda.
Estetik Yang Dibaik Pulih
Di CARSOME, kami memberi tumpuan kepada keperluan khusus bagi setiap kenderaan dalam proses pembaikpulihan kami untuk mengekalkan daya tarikan asalnya di samping memberikannya estetik yang lebih baik.
Setiap kereta CARSOME Certified telah dibaik pulih secara profesional untuk menjamin kualiti dan keselamatannya.
Ketahui Lebih Lanjut
Pembaikan am, mekanikal, dan elektronik yang melebihi taraf keselamatan global
Pembaikan badan dan cat, termasuk mengecat semula bahagian badan yang mengalami kerosakan calar dan lekuk yang teruk, mengikut tahap kerosakan
Basuhan bahagian luaran dan pembersihan menyeluruh bahagian dalaman
Jaminan Pulangan Wang 5 Hari
Jika anda berubah fikiran, anda boleh pulangkan kereta CARSOME Certified yang anda beli dalam 5 hari untuk dapatkan pulangan wang. Inilah cara kami menyatakan kepercayaan kami terhadap kereta kami.
Ketahui Lebih Lanjut
Jaminan pulangan wang ini tertakluk kepada Polisi Pemulangan kami yang berikut:
Dalam keadaan yang sama
Dikembalikan dalam masa 5 hari
Perbatuan kurang daripada 300 km
Tidak dijual semula
Bebas daripada saman
Bukan kenderaan yang didaftarkan secara commercial
Proses bayaran balik akan mengambil masa lebih kurang 14 hari bekerja setelah permohonan diluluskan, tertakluk kepada pelepasan dan proses penyelesaian sewa beli pihak yang berkaitan.
Muat turun Jaminan Wang Dikembalikan 5 Hari
Waranti 1 Tahun
Kami sangat yakin dengan kereta kami dan akan memberi anda waranti lanjutan sehingga satu tahun.
Ketahui Lebih Lanjut
Kereta CARSOME Certified (tidak termasuk kenderaan yang didaftarkan secara commercial) didatangkan dengan Gold Warranty Plan yang melindungi komponen penting dalam kereta anda, termasuklah
Enjin
Penyaman udara
Transmisi
Anda juga boleh memilih untuk menaik taraf kepada Platinum Warranty Plan yang turut menawarkan perlindungan untuk komponen tambahan.
Kereta CARSOME Certified merupakan kereta berkualiti yang telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang ketat bagi memastikan ia bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan akibat banjir dan kebakaran. Ia telah dibaik pulih untuk keselamatan, keselesaan, dan estetik di CARSOME Certified Lab sebelum ia disenaraikan untuk dijual.
Selain itu, kesemua kereta CARSOME Certified (tidak termasuk kenderaan yang didaftarkan secara commercial)turut didatangkan dengan:
- Jaminan pulangan wang dalam 5 hari
- Waranti 1 tahun
CARSOME Certified Lab merupakan fasiliti baik pulih kereta tercanggih dan terbesar di Asia Tenggara yang menawarkan khidmat baik pulih awal hingga akhir kereta pramilik dengan kualiti yang terjamin. Kesemua kereta yang telah melalui proses baik pulih di CARSOME Certified Lab akan dilabelkan sebagai 'CARSOME Certified' di laman web. Proses baik pulih termasuklah memilih kereta berkualiti terbaik melalui pemeriksaan 175-titik, servis mekanikal, baik pulih badan, cuci perinci, dan pemeriksaan kualiti yang ketat bagi menghasilkan pilihan terbesar dan terbanyak sehingga 2,000 kereta CARSOME setiap bulan.
Di CARSOME, kami amat mementingkan kualiti dalam semua perkara. Kami meletakkan keutamaan pada Proses Baik Pulih Kereta CARSOME, memantau setiap proses daripada awal hingga akhir supaya kami dapat menyediakan kualiti terbaik yang sinonim dengan CARSOME. CARSOME Certified Lab telah menetapkan standard baharu dalam industri kereta pramilik dengan harapan kami mampu memberikan ketenangan minda kepada pelanggan yang membeli kereta daripada kami.
CARSOME Certified Lab menyediakan keselamatan melebihi standard, keselesaan sepenuhnya, dan estetik baik pulih dengan memastikan setiap kereta melepasi pemeriksaan ketat 175-titik sebelum dibaiki secara mekanikal dan am, cat badan, cuci perinci, dan pemeriksaan akhir untuk kawalan kualiti.
Kesemua kereta di laman web kami telah menjalani pemeriksaan menyeluruh 175-titik termasuklah ujian pemanduan singkat. Keadaan kereta termasuklah masalah sedia ada akan dikenal pasti dan disenaraikan sebelum ia dibaik pulih di CARSOME Certified Lab. Sila rujuk senarai pemeriksaan penuh di sini.