Beli Kereta

Perodua

AXIA

Semua Negeri
Pilih lokasi anda di sini
170 result

Hubungi Saya

Apabila kereta pilihan saya berada berdasarkan

Perodua & AXIA Edit

Perodua Axia Second Hand di Malaysia

Perodua Axia merupakan salah satu model kereta yang dihasilkan oleh syarikat automotif tempatan, Perodua. Dilancarkan pada tahun 2014, Axia telah menjadi pilihan popular di kalangan pengguna Malaysia yang mencari kereta kompak yang berpatutan dan berkualiti.

Perodua Axia terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia kerana saiznya yang kompak, harganya yang murah serta ia merupakan antara model Perodua yang jimat minyak. Perodua Axia juga digunakan sebagai kereta untuk belajar memandu di Malaysia. 

Spesifikasi Axia dan Ciri Asas 

Berikut merupakan spesifikasi asas bagi Perodua Axia: 

  • Enjin: enjin 3 silinder 1.0L VVT-i (1KR-VE)
  • Kuasa: 67 hp pada 6,000 rpm
  • Tork: 91 Nm pada 4,400 rpm
  • Transmisi: Five-speed manual or four-speed automatic
  • Penggunaan minyak: 25.3 km/l (Malaysian Driving Cycle)
  • Ciri keselamatan: Dual airbags, ABS with EBD, Isofix child seat anchors
  • Ukuran: 3,640 mm long, 1,665 mm wide, 1,495 mm tall, 2,525 mm wheelbase
  • Berat: 825 kg

Varian Perodua Axia 

Perodua Axia turut menawarkan pelbagai varian dan pilihan model untuk memenuhi keperluan dan citarasa pelanggan. Antaranya: 

  • Axia G
  • Axia E
  • Axia Active
  • Axia X
  • Axia SE
  • Axia AV

Setiap varian mempunyai ciri-ciri dan spesifikasi yang berbeza untuk memenuhi keperluan dan citarasa pelanggan. Anda boleh membandingkan spesifikasi untuk setiap varian untuk memilih varian yang mana satu sesuai dengan keperluan anda. 

Warna Yang Ditawarkan Bagi Perodua Axia

Warna yang ada bagi Perodua Axia adalah seperti berikut: 

  • Glittering Silver 
  • Ivory White 
  • Lava Red 
  • Granite Grey 
  • Coral Blue 

Warna Glittering Silver, Ivory White, dan Lava Red ada bagi semua model Axia manakala bagi warna Granite Grey dan Coral Blue hanya ada bagi model premium Axia. 

Adakah Perodua Axia Second Hand Bagus Untuk Dibeli? 

Perodua Axia second hand merupakan antara model kereta yang sangat sesuai untuk dibeli kerana harganya yang sangat berpatutan. Anda boleh beli sebuah Perodua Axia second hand dengan harga ansuran bulanan kurang daripada RM300 sebulan di CARSOME. 

Disebabkan ia merupakan kereta berjenama tempatan, alat ganti bagi kereta ini mudah untuk didapati pada harga yang berpatutan. Kereta Axia second hand juga mudah untuk dibaiki oleh mekanik. 

Apakah ciri keselamatan yang ada pada Perodua Axia? 

Perodua Axia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang sepanjang pemanduan. Antara ciri keselamatan yang ada dalam Perodua Axia termasuklah

  • Sistem bantu stabil (VSA) 
  • Advanced Safety Assist 2.0 (ASA 2.0)
  • Beg udara berkembar 
  • Kamera belakang
  • Brek ABS & EBD 
  • Pre-collision warning (PCW)
  • Pre-collision braking (PCB)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Automatic High Beam (AHB)
  • Alang penyerap hentakan sisi
  • Stereng kuasa elektrik

Di mana saya boleh membeli kereta Perodua Axia second hand? 

Anda boleh membeli kereta Perodua Axia second hand di mana-mana pusat jualan kereta terpakai atau di pusat jualan Perodua. Tetapi, anda juga boleh membeli kereta Perodua Axia second hand di CARSOME kerana kualiti kereta yang lebih terjamin beserta dengan pelbagai promosi yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda. 

Sebelum membuat pembelian, anda melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas kereta tersebut termasuklah sejarah servis dan rekod kenderaan. Juga pastikan untuk menjalankan ujian pemanduan bagi memastikan prestasi serta keadaan keseluruhan kereta berada dalam keadaan baik.

Harga Perodua Axia Second Hand di Malaysia

Anggaran Harga Perodua Axia Second Hand 

Kereta perodua Axia second hand boleh dibeli pada harga antara RM15,000 hingga RM40,000. Harga adalah berdasarkan model, tahun keluaran, perbatuan, dan juga keadaan kereta. 

Berikut merupakan harga Perodua Axia second hand di Malaysia: 

  • G: RM25,000 - RM30,000
  • X: RM27,000 - RM32,000
  • SE: RM30,000 - RM35,000
  • AV: RM33,000 - RM38,000

Berapakah Harga Perodua Axia G 2014-2022? 

Perodua Axia G second hand tahun 2014-2022 dijual pada harga antara RM15,000 hingga RM30,000.

Berapakah Perodua Axia X 2023? 

Perodua Axia X 2023 dijual pada harga RM38,600 bagi transmisi manual dan RM40,000 bagi transmisi automatik. 

Kalkulator Pinjaman Untuk Bayaran Bulanan Perodua Axia Second Hand

Anda boleh menggunakan kalkulator ini untuk menganggarkan kos pemilikan kereta Perodua Axia second hand. Dengan ini, anda boleh merancang kewangan anda jika anda bercadang untuk membeli kereta Perodua Axia second hand

Kos Servis & Penyelenggaraan Perodua Axia Second Hand

Servis Perodua Axia melibatkan beberapa perkara penting seperti pemeriksaan enjin, pengecaman masalah elektrikal, pemeriksaan sistem brek dan tukar minyak enjin. Melalui servis berkala ini, mekanik yang terlatih secara profesional akan memeriksa setiap aspek kereta anda untuk memastikan tiada masalah yang tidak dikesan.

Jika waranti kereta Perodua Axia anda telah tamat, anda boleh hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis atau dibaiki bagi apa-apa kerosakan enjin dan mekanikal. 

Berapakah kadar cukai jalan Perodua Axia? 

Cukai jalan kereta adalah berdasarkan kapasiti enjin dan juga jenis kenderaan. Kadar cukai jalan bagi  untuk kegunaan peribadi bagi Perodua Axia G ialah RM20.

Berapakah harga insurans kereta Perodua Axia? 

Insurans kereta ditentukan berdasarkan jenis pemilikan, jenis perlindungan pilihan, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), lokasi, dan juga kapasiti enjin. 

Contohnya, anggaran harga insurans bagi ialah RM521* untuk setahun. 

*Anggaran berdasarkan model baharu

Alternatif / Pesaing Perodua Axia Second Hand

Kia Picanto 

Suzuki Swift 

Honda Jazz

Mitsubishi Mirage 

Kenapa Anda Perlu Beli Perodua Axia Second Hand daripada CARSOME? 

Kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap Perodua Axia terpakai juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun.