2019 Proton
Persona Standard 1.6
94,369 km Automatic Perak
National Daily Drive
With Principal Warranty
RM
29,500
RM 323/bln
(Pinjaman 9 Tahun)
Hubungi Saya
Apabila kereta pilihan saya berada berdasarkan
CARSOME Certified, Proton Edit
Proton, sebagai sebuah syarikat automotif Malaysia, telah menyumbang kepada pembangunan industri automotif negara sejak penubuhannya pada tahun 1983.
Penubuhan Proton adalah hasil daripada usaha kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan syarikat Jepun, Mitsubishi Motors Corporation. Penubuhannya bertujuan untuk membangunkan industri automotif di Malaysia serta merancang dan menghasilkan kereta nasional yang mampu bersaing di pasaran global.
Proton sebagai jenama kereta nasional telah mengambil inisiatif yang signifikan dengan memperkenalkan model-model terbaru. Antara model baharu Proton seperti X50, X70, X90, Saga 2022, Exora 2023, Iriz 2022, dan Persona 2023.
Kereta second hand Proton merupakan pilihan yang popular dalam kalangan pengguna yang mencari kereta dengan harga yang lebih berpatutan. Dalam pasaran kereta terpakai, kereta Proton sering menjadi pilihan disebabkan oleh faktor harga yang mampu milik dan juga kebolehpercayaan jenama tersebut.
Anda boleh beli kereta second hand Proton di mana-mana pengedar kereta second hand yang ada menjual kereta Proton. Anda juga boleh membeli kereta second hand Proton di CARSOME. Anda boleh baca laporan servis dan spesifikasi kereta di laman web CARSOME.
Sekiranya anda ingin membeli kereta second hand Proton, pastikan untuk melakukan penyelidikan yang teliti tentang harga pasaran serta keadaan fizikal dan mekanikal kenderaan tersebut sebelum membuat keputusan pembelian.
Harga kereta Proton boleh berbeza-beza bergantung kepada model dan spesifikasi yang dipilih. Setiap model mempunyai ciri-ciri dan kelengkapan yang berbeza serta mempunyai harga yang berbeza juga.
Berikut merupakan harga model-model kereta second hand Proton:
Model | Julat Harga |
Proton Saga 2023 | RM35,914.55 – RM46,162.60 |
Proton Iriz 2023 | RM44,112.95 – RM58,990.45 |
Proton Persona 2023 | RM49,242.45 – RM60,015.30 |
Proton Exora 2023 | RM64,639.40 – RM71,812.92 |
Proton X50 | RM88,709.80 – RM116,379.50 |
Proton X70 | RM101,532.25 – RM132,308.40 |
Proton X90 | RM127,532.25 – RM157,322.95 |
Proton Ertiga | RM58,800 – RM64,800 |
Proton Suprima S | RM69,348 – RM69,888 |
Proton Prevé | RM57,832 – RM71,316 |
Proton Perdana | RM104,326 – RM126,849 |
Harga kereta Proton boleh berbeza-beza bergantung kepada model dan spesifikasi yang dipilih. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga termasuklah saiz enjin, ciri-ciri keselamatan, kemudahan teknologi, dan reka bentuk luaran.
Anda boleh menggunakan kalkulator ini untuk menganggarkan kos pemilikan kereta Proton jika anda ingin membeli apa-apa kereta Proton. Dengan ini, anda boleh merancang kewangan anda jika anda bercadang untuk membeli kereta Proton.
Sejak penubuhannya, Proton telah berjaya melancarkan beberapa model kereta yang menjadi ikon dalam pasaran tempatan. Model-model seperti Saga, Wira, Persona dan Perdana telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna di Malaysia.
Dalam kategori kereta terpakai pula, berikut merupakan model Proton second hand yang popular:
Model Proton | CC | Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak |
Proton Ertiga 1.4 | 1373 cc | RM70 | RM56 |
Proton Exora 1.6 | 1561 cc | RM90 | RM56 |
Proton Perdana 2.0 | 1997 cc | RM378.50 | RM237.25 |
Proton Perdana 2.4 | 2354 cc | RM734 | RM451 |
Proton Persona 1.6 | 1597 cc | RM90 | RM56 |
Proton Preve 1.6 | 1561 cc | RM90 | RM56 |
Proton Saga 1.3 | 1332 cc | RM70 | RM56 |
Proton Saga 1.6 | 1597 cc | RM90 | RM56 |
Proton Suprima 1.6 | 1561 cc | RM90 | RM56 |
Proton Iriz 1.3 | 1332 cc | RM70 | RM56 |
Proton Iriz 1.6 | 1596cc | RM90 | RM56 |
Proton X50 1.5 | 1477 cc | RM90 | RM56 |
Proton X70 1.8 | 1799 cc | RM279.60 | RM223.68 |
Proton X90 1.5 | 1477 cc | RM90 | RM56 |
Penting untuk diingatkan bahawa harga insurans kereta terpakai bergantung kepada beberapa faktor seperti model dan tahun keluaran kereta, nilai pasaran semasa, lokasi dan sejarah pemandu. Walaupun jenama seperti Proton mungkin mempunyai kos pembaikan yang lebih tinggi berbanding dengan jenama lain, tetapi faktor-faktor lain ini juga akan diambil kira oleh syarikat insurans ketika menentukan harga polisi.
Sebagai contoh, anggaran harga insurans bagi Proton Saga 1.3 (1332 cc) di Semenanjung Malaysia dengan kadar NCD 55% berharga kira-kira RM532.71* setahun.
*Berdasarkan anggaran harga kereta baharu.
Anda boleh menghantarkan kereta Proton anda untuk diservis atau dibaiki di pusat servis bertauliah Proton di seluruh Malaysia.
Jika waranti kereta Proton anda telah tamat, anda boleh hantarkan kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk diservis atau dibaiki bagi apa-apa kerosakan enjin dan mekanikal.
Walaupun kereta second hand, Proton tetap menawarkan prestasi dan keselamatan yang baik. Pengguna boleh menjalani pemeriksaan teknikal serta ujian jalan bagi memastikan keadaan kereta sebelum membuat keputusan pembelian.
Sebahagian kereta Proton terutama sekali model baharu ada dilengkapi dengan Advance Driving Assistance System (ADAS). Salah satu daripada ciri yang ada dalam sistem ini ialah Intelligent Cruise Control. Ciri ini membolehkan kereta dipandu dengan lebih selamat di atas jalan raya dengan menyelaraskan kelajuan kereta, bantuan brek, serta menjaga jarak dengan kereta hadapan.
Kereta Proton telah lama dikenali sebagai jenama yang memberikan tumpuan kepada prestasi dan kecekapan bahan api. Dengan peningkatan teknologi dan inovasi, Proton terus memperkenalkan model-model yang jimat minyak bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini seperti:
Proton Saga 1.3 Manual adalah kereta Proton yang paling jimat minyak, diikuti oleh Proton Iriz 1.3 dan Proton Persona 1.6. Jika anda mencari kereta Proton yang jimat minyak, Proton Saga 1.3 Manual merupakan pilihan yang terbaik.
Proton baru-baru ini telah melancarkan model terbaharu hibrid ringan iaitu Proton X90. SUV tiga baris tempat duduk ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo dan dipadankan dengan bantuan sistem hibrid ringan (mild-hybrid) 48 voltan Belt-Driven Starter Generator (BSG).
Kesemua kereta CARSOME Certified terjamin kualitinya kerana telah melalui pemeriksaan ketat 175-titik serta dibaik pulih secara profesional. Selain itu, setiap kereta Proton second hand juga mempunyai harga tetap tanpa bayaran tambahan, jaminan pulangan tunai 5 hari, dan juga waranti satu tahun.